Sabtu, 05 November 2011

Etika dan Falsafah dalam bimbingan & Kaunseling


    Professionalisme Dalam Etika dan Falsafah bimbingan & Kaunseling
  1. Apakah ‘Kaunseling’? Kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counseling. Counsel diertikan sebagai advice or consultation. (The Little Oxford Dictionary).
  2. “Proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.”
  3. Terdapat langkah-langkah atau suatu sistem khusus bagi menjalankan proses  kaunseling.
  4. Kaunseling melibatkan perbincangan masalah.
  5. Perbincangan bersama ini membawa kepada cara mengatasi masalah. 
      Definisi Kaunseling
“Conseling can be more precisely definded as a short term, interpersonal, theory base process of helping persons who are psychologically healthy resolve developmental and situational problems”.                                        (Samuel Gladding, 1996, p.8)
  1. Memfokuskan kepada membantu manusia membuat perubahan.
  2. Sebagai suatu profesion.
  3. Mengendalikan masalah peribadi, sosial, vokasional, pendayaupayaan dan masalah pendidikan.
  4. Membantu manusia yang dikatakan ‘normal’
  5. Berasaskan teori kaunseling dan berstruktur.
  6. Mengajar klien membuat keputusan.
  7. Melibatkan berapa kepakaran seperti pendidikan, sosiologi, psikologi, komunikasi, kajian keluarga dan lain-lain berkaitan pembangunan  manusia.
  8. Kauseling ialah perhubungan menolong antara seorang profesional dengan seorang yang perlu bantuan psikologi.
  9. Kaunseling adalah proses  beretika.
  10. Kaunseling adalah proses sistematik.
  11. Setiap manusia menuju kesejahteraan diri.
  12. Kaunseling untuk individu normal dan bertutur 
     (Akta Kaunselor Malaysia, 1998)
  1. Bagagian    I      :  Tafsiran perkara asas seperti kaunselor, kaunselor berdaftar dan kaunseling.
  2. Bahagian    II     :  Majlis Penasihat Kaunselor.
  3. Bahagian  III      :   Lembaga Kaunselor.
  4. Bahagian  IV      :   Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan.
  5. Bagian       V      :   Pertumbuhan perbadanan menjalankan     amalan sebagai kaunelor
  6. Bagian      IV      :   Prosiding Tatatertib. 
      Pribadi Kaunselor   
  1. Tingkah laku bukan lisan yang sesuai dan menyokong.
  2. Tingkah laku peranan yang berpatutan.
  3. Selaras tingkah laku dan peraturan dan perasaan.
  4. Spontan
  5. Keterbukaan berkongsi maklumat diri. 
     Gladding (1996) menggariskan beerapa ciri pembimbing berkesan iaitu:
  1. Berilmu dalam mengenai pelbagai cara membantu dan sentiasa ingin belajar dan  memperbaiki diri.
  2. Bertenaga cera fizikal dan emosi.
  3. Fleksibel iaitu mempunyai kemahiran mengubahsuai atau adaptasi teori dan teknik mengikuti keperluan klien.
  4. Memberi sokongan padu tetapi tidak menjadikan klien bergantung harpan sepenuhnya.
  5. Membantu berdikari.
  6. Bemberi kesedaran kendiri yang tinggi.
  7. Selesa berhubung merentasi batasan budaya.

     Cormier (1999) tingkah laku pembimbing efektif
  1. Bersedia menerima orang lain tanpa menghakimi ataupun memaksa (acceptance).
  2. Jujur memberi maklum balas kepada klien atau genuine.
  3. Ikhlas ingin menolong.
  4. Perlakuan diri selaras dengan pendirian atau congruence 
Menurut Ismail Noor (2000), keunggulan peribadi ini hendaklah mengikut keunggualan peribadi   Rasulullah S.A.W. seperti berikut: 
Sidiq-Amanah-Tabliq-Fatonah-Kesaksamaan-Kerendahan hati-Disiplin-Pengabdian semangat-Keberanian-Kewibawaan-Bertanggung jawab-Hikmah-Adil.

      Asas  kod etik kaunselor
  1. Berdasarkan nilai-nilai murni tempatan sejagat.
  2. Berubah mengikut keperluan atau situasi.
  3. Fokus kepada penghargaan kendiri, indentiti dan keunikan individu.
  4. Berdasarkan hak dan peluang individu. 
     Fungsi atau kegunaan kod etika kaunselor
  1. Beri perlindungan kepada ahli daripada tindakan undanga-undang sekitarnya berlaku  sesuatu bukan sebab kesalahan kaunselor.
  2. Beri perlindungan kepada klien daripada layanan atau tindakan tidak profesional pihak kaunselor.
  3. Mempertingkatkan tahap profesionalisme kaunselor. Sebagai pandauan kepada pengamal kaunseling. 
      Kod etiak kaunselor (PERKAMA)
1.Hubungan professional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu, dan profesional lainserta masyarakat  keseluruhannya.
2.Penyediaan perkhidmatan persendirian yang merangkumi aspek pengiklanan, pengurusan dan pembayaran.
3.  Program latihan.
4. Penggunaan instrument pengukuran dan penilaian melalui kaedah mengendalikan instrument dan mentafsir keputusan ujian.

    Tangung jawab kaunselor ke atas rakan professional
  1. Saling berusaha mempertingkatkan tahap kecekapan profesionalisme masing-masing.
  2. Tujukkan sikap saling menghormati, adil dan terbuka.
  3. Cegah, dedah serta betulkan salah laku rakan yang tidak beretika.
  4. Bersedia mempertahankan, membantu serta membela  rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak bertanggungjawab. 
      Tanggung jawab kaunselor keatas klien
  1. Mengutamakan kepentingan klien sama ada individu, kelompok atau korporat.
  2. Merahasiakan segala maklumat kecuali maklumat yang membahayakan klien dan orang lain.
  3. Memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.
  4. Memelihara kesejahteraan psikologi klien, tidak memperlatkan klien untuk kepentingan diri sendiri daripada segi kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa jua bentuknya.
  5. Membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggung jawab di atas perlakuannya dan menghormati keputusan klien.
  6. Berkhidmat penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan cekap. 
      Prosedur pengiktirafan kaunselor professional
  1. Kaunselor yang diiktiraf memiliki jarak penglihatan dan kepercayaan yang tinggi (Clawson & Wildremuth, 1992, p.1).
  2. Bagi memperoleh pengiktirafan yang betul oleh seseorang kaunselor adalah persijilan, lesen ataupun kedua-duanya adalah penting dalam bidang kauneling, (Glosoff, 1992. Romano, 1992).
      Prosedur pengiktirafan terdapat empat pringkat (Swanson, 1983).
  1. Pemeriksaan
  2. Pendaftaran
  3. Persijilan
  4. Perlesenan
Tn. Haji Muna'im Kaunselor berdaftar Malaysia. Pakar kaunseling Sekaligus pensyarah Kolej Dar al-Hikmah Sungai ramal dalam, Kajang-Selangor. Biaro News mengutip ucapan beliau di antaranya, "Sebelum seorang Kaunselor menerjuni dunia kaunseling hendaklah terlebih dahulu meresapi kod etik dan cara menolong klien. Kaunselor bukan hanya profesi semata melainkan mengasuh mendidik dan membimbing. 
Hendaklah pengasuh dan pembimbing tersebut menunjukkan keperibadian dan sikap yang mulia dimulai  dengan diri sendiri terlebih dahulu, seperti Rasulullah. s.a.w. dalam dakwahnya."









Tidak ada komentar:

Posting Komentar