Rabu, 09 November 2011

Psikologi Motivasi Pembelajaran


Pengertian motivasi Ainon Mohd (2004)6[1] mendefinisikan, istilah motivasi berasal dari perkataan Latin more (bergerak) yang juga diertikan menggerak, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku. Bidang motivasi mejawab ‘mengapa’ berkenaan tingkah laku, iaitu sebab-sebab yang mendorong manusia melakukan pelbagai tindakan.
Saedah Siraj (1996)[2] motivasi ialah daya pengerak kepada kemahuan untuk mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan menggelakkan diri daripada kegagalan berhasrat untuk berjaya. Dalam bidang pendidikan, motivasi mempunyai peranan penting. Guru memerlukan motivasi untuk menggerakkan dirinya mencapai kualiti kerja. Pada waktu yang sama guru juga menjadi ‘motivator’ kepada murid-muridnya.
Berkenaan dengan motivasi adalah perkara yang perlu diteliti mengenai penyebab yang menimbulkannya. Dalam perkara ini perlu adanya kajian untuk mengetahui  permasalahannya, sebaggaimana diterangkan M. Dalyono (1997)[3] beliau mengatakan,  kajian ialah pemerhatian atau pengalaman secara teliti dalam waktu tertentu, guna mempelajari faktor-faktor yang ditimbulkan, untuk mendapatkan sifat-sifat umum disebabkan faktor psikologi.
Rahil Mahyuddin (2003)[4] kajian psikologi mempunyai matlamat:
1)      Psikologi haruslah membentuk teknik pengukuran yang memungkinkan tingkah laku diperihalkan dengan jelas dan tepat.
2)      Matlamat kajian psikolologi ialah pemahaman dan ramalan. Ahli psikologi percaya bahawa kita lebih faham tentang kejadian apabila kita boleh menerangkan sebab berlakunya kejadian itu. Untuk menilai pemahaman, ahli psikologi menguji ramalan dengan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Pembolehubah merupakan mana-mana keadaan, perkara, ciri atau tingkah laku yang boleh diukur dan yang dikawal atau dibuat pemerhatian ke atasnya dalam sesuatu kajian.
3)      Aplikasi bermaksud maklumat yang dikumpul dalam kajian, diharapkan dapat digunakan dalam membantu menyelesaikan isu-isu yang berlaku dengan memahami sesuatu fenomena maka kita boleh mengawalnya.
Berkait dengan motivasi sperti yang dijelaskan Kamarudin Husin (1997)[5] dalam kajiannya, motivasi mempunyai kaitan dengan pembangkitan minat. Ia merupakan asas bagi aktiviti  belajar mengajar.
Motif penggerak mempunyai tugas-tugas tertentu:                    
1.      Menggalakkan seorang pelajar dalam aktiviti pembelajarannya. Kanak-kanak yang baru memasuki sekolah boleh dirangsang untuk menunjukkan hasil kerja yang baik melalui pujian guru atau menerima ganjaran-ganjaran yang berbentuk ekstrinsik. Kerana pada tahap seprti ini kanak-kanak tidaklah begitu tertumpu kepada penguasaan bahan-bahan pembelajaran, tetapi tertumpu kepada penerimaan dan pengakuan yang khas terhadap dirinya.

2.      Motif bertindak sebagai pemilih jenis kegiatan yang ingin disertai oleh  seseorang. Dalam pembelajaran kanak-kanak hendaklah bahan pengajaran, kaedah dan teknik, alat bantu harus memenuhi keperluan dan minat mereka.

3.      Motif bertidak mengarah tingkah laku hal ini sangat penting dalam proses penyampaian pengajaran. Pelajar hendaklah diperhatikan serta dibantu memahami gerakkerja pelajar. Motif ini sebagai penggiat, pemilih dan pengajaran gerakkerja berkait erat dengan minat dan sikap.

Saedah Siraj et. al. (1996)[6] memberi penjelasan teori-teori psikologi bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor, ada kalanya ia dipengaruhi oleh alam sekeliling, adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri. Melalui cara apa manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matalamat dan ia akan mencapai cara yang paling pendek untuk mencapai matlamat tersebut. Apa yang medorong manusia bertidak untuk mencapai sesuatu tujuan itu ialah ‘motivasinya’. Motivasi dibagi dalam dua bahagian utama:
a.       Motivsi Esktrinsik.
b.      Motivasi Intrinsik.

a. Motivasi ekstrinsik berkaitan rapat dengan pengukuhan. Pengukuhan ialah proses apabila stimulus atau pristiwa yang luar yang disebabkan oleh sesuatu respon, menyebabkan respon itu meningkat. Antara jenis pengukuhan, terdapat pengukuahan utama dan pengukuahan skunder. Pengukuhan utama terdiri daripada benda atau pristiwa yang memberikan kesan langsung terhadap kelakuan seseorang. Pengukuhan skunder ialah stimulus atau pristiwa yang memperkukuh sesuatu respons melalui pembelajaran dan pengukuhan ini selalunya berbentuk liguistik atau sosial.

b. Motivasi intrinsik ialah keberkaitan tenaga seseorang yang disalurkan ke arah pencapaian matlamat-matlamat tertentu. Motivasi intrinsik ialah motivasi yang telah terbatin dan merupakan penggerak untuk melakukan perkara-perkara untuk mendapatkan ganjaran bagi diri sendiri. Faktor-faktor yang mempengruhinya ialah:

1.      Persepsi kebolehan, individu membentuk persepsi kebolehannya yang dipersepsikan dari penilaian orang lain. Kebolehan yang dipersepsikan ini mepengruhi terhadap keyakinan diri sendiri.
2.      Persepsi kawalan ialah pendapat-pendapat individu tentang punca kawalan itu sebab-sebab kejayaannya dan kegagalannya.
  1. Afek dalam pembelajaran (affect) merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh seseorang individu terhadap sesuatu benda, perkara atau orang.




[1]Ainon Mohd. 2004. Panduan Menggunakan Teori Motivasi di Tempat Kerja. Malindo Printer Sdn. Bhd. Shah Alam, hlm 2.
[2]Saedah Siraj et.al. 1996. Motivasi Dalam Pendidikan. Pecetakan Cergas (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. hlml 01.
[3]M. Dalyono. 1997. Psikologi Pendidikan. Penerbit Rineka Cipta. Jakarta, hlm 11.
[4]Rahil Mahyuddin  et.al. 2003. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Penerbit Karisma Publication Sdn. Bhd. Shah Alam, hlm. 19.
[5]Kamarudin Husin. 1997. Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Utusan Publication Sdn. Bhd Kuala Lumpur, hlm 110.
[6] Saedah Siraj et.al. 1996. Motivasi Dalam Pendidikan. Utusan Publications Sdn. Bhd. Kuala Lumpur,
   hal 15, 17,18. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar