Sabtu, 26 November 2011

Pengenalan sejarah dan falsafah sains

Definisi

Sains datangnya dari perkataan inggris, “science” mengikut Oxford English Dictionary, versi lainya: scians, science, science, scyens, scyense, siens, senz, syence, syense, cience dan ciens. Perktaan inggris tersebut daimbil dari perkataan latin “scinetia”, yang bermakna ilmu. Sekarang perkataan sains telah membawa makna yang khusus,  begitu jugalah dengan makna ahli sains “saintis”, terjemahan (1966), isitilah-istilah lama untuk “scientist” berupa ciencist, science, scientmant dan scientiate. Keterangan Madwar (1948), perkataan “scientist” dipakai untuk pertama kalinya oleh William Whewell (1980), seorang pakar fizik-astronomi-falsafah di Camridge University tertulis dalam bukunya berjudul “The Philosophy of Inductive Sciences”
Sains telah memberi garis panduan dalam mengelolah sesutu benda dalam tiga cara:

1.      Secara analisis, iaitu penghuraian dalam sebutan komponen atu jisim benda itu.
2.      Secara fungsinya, iaitu menghuraikan kegunaan, keperluannya dan tujuannya.
3.      Secara operasi, menguraikan prosesnya, cara benda itu wujud dan menghasilkan sesuatu.

Definisi istilah sains populer dalam pengkategoriannya.

1.      Sains dipakai secara bebas untuk bergaya  dan menghasilkan sesuatu, seperti sains badminton, sain politik dll.
2.      Sain adalah longgokan pengetahuan yang telah dibuktikan kebenarannya melalui penelitian dan pengkajian yang tersistematik.
3.      Sais bukanlah sejenis pengetahuan yang mengandalkan intuisi dan kepercayaan semata-mata.
4.      Sains merupakan pengetahuan yang bersistem yang berpegang kepada analisis, kajian, eksperimen, pemerahatian dan lain sebgainya.
5.      Sains terdiri dari longgokan teknkik, kemahiran, kebolehan yang berasaskan kepada latihan, disiplin dan pengalaman.
6.      Sains merupakan analisis fenomena objektif. Untuk menumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Klasifikasi ilmu sains

Secara garis besarnya sains dapat dikategorikan kepada dua bentuk:
1.      Sains modern atau yang lebih dikenal sains ala Barat. Proses sains barat lebih cenderung kepada alam yang bersifat kongkrit dan dapat dibuktikan secar logic. Jika sesuatu benda itu tidak dapat di buktikan secara nyata maka dalam persepsi sains barat itu bukanlah sains. Oleh sebab itu sains barat lebih dikenal dengan istilah “sains skuler” yang cuba untuk menjauhkan manusia dari mempercayai Tuhan.


1.Proses sains skuler dapat kita lihat draf rajah mengenai kitaran prosesnya berikut:


  2.Sains dalam perspektif Islam. Proses sains Islam bukan hanya mementingkan bentuk fizik saja tetapi    mecari keseimbangan antara fizik dan psikis. Dalam aturan sains Islam langkah pertama dimulai dari yang bersifat Ghaib sebagimana rajah beriktut:

Alam nyata ialah apa saja sesuatu yang dapat dikesan oleh panca indera manusia atau yang dapat dijangkau oleh akal pikiran.

Pengabstrakkan merupakan satu proses mengesan unsur-unsur penting daripada alam nyata yang kusut dan kompleks. Kemudian disusun, diadakan penerangan berdasarkan apa yang difamai dan dapat dijangkau oleh akal manusia.

Formulasi bermakna penerbitan pandangan-pandangan umum yang teratur dan bersistem berdasarkan kepada pengabstrakan melahirkan suatu model  kepada alam nyata sehingga ia dapat dijelaskan dalam bentuk-bentuk bahasa sains berdasarkan prinsip dan hukum-hukum yang ketika masa itu tidak dipertikaikan keabsahannya. 


Refrensi
Sharir. M. Zain. Falsafah Sains. Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI). Universiti Kebangsaan Malaysia. Sinar Ilmu Kampung Baru, Kuala Lumpur 1987.
Seyyed Hossein Nsar. Scince and Civilization in Islam, Cambridge, U.S.A 1968.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar